Ada satu pintu.
Pintu yang awak pilih.
pintu yang awak mahu masuki.
walaupun awak tidak mengerti.
tapi awak mahu mencuba buat pertama kali.
ada satu pintu
yang awak datang ketu
si penghuni buka dan beri awak masuk.
tanpa perlu awak susah hati dan menjeruk.
bahkan dia tidak benarkan awak terpuruk.
awak dipersilakan masuk.
ada satu pintu
pintu yang awak bebas keluar masuk
awak boleh datang dan pergi.
si penghuni berikan awak kebebasan
kebebasan yang bertunjangkan kepercayaan.
kerana si penghuni tahu
sejauh mana awak pergi, awak akan kembali.
sepayah mana hidup awak, awak akan kembali ke sisi.
dan si penghuni tabahkan hati.
ada satu pintu
pintu yang awak bebas datang dan pergi
kebebasan itu mnyenangkan hati
tiada kongkongan.
dan awak bebas tentukan hala tuju kehidupan
tapi awak lupa
segalanya ada batasan.
ada satu pintu
tidak selamanya pintu itu boleh dibuka dan ditutup
sesuka hati
ada masanya ia akan tertutup sendiri.
sebagaimana ia pernah dibuka oleh si penghuni.
awak lupa hakikat itu bila awak mabuk dengan duniawi.
ada satu pintu
pintu yang awak datang mahu kembali.
tapi malangnya pintunya tidak terbuka lagi
walaupun betapa awak kuat mencuba, masih tiada reaksi.
betapa kuat awak menolak, ia langsung tidak mahu ke tepi.
apa yang sudah terjadi?
ada satu pintu
yang awak pernah buka.
dan awak tetah tutup tanpa awak sangka
malangnya bila ia tertutup, awak tidak tahu bila.
segala perbuatan lampau bermain di mata.
adakah sekarang awak tahu kenapa ia tidak terbuka lagi ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan