im not beautifull QUEEN, im just beautifull ME !

About Me

Foto saya
. 9teen .22/02/1991 . study . cict, cheras . dip. in creative multimedia.

Khamis, 22 Mac 2012

kata kunci kita :)

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
 
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.
 
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
 
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.
 
Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
 
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
 
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

*************

Aku : aku dah berhenti berharap.
kawan : ya ke ?
aku : mengharapkan seseorang berubah adalah menyakitkan.
kawan : adakah kau seiring dgn keperluan dia?
aku : aku cuba jadi yang terbaik demi menjaga hubungan ini, tetapi dia masih tidak berubah. masih dengan permainan dia.
kawan : kau cuba dan kau buat ?
aku : sudah tentu. dia suruh aku bersabar dengan permainan dia, aku sabar. tapi dia sendiri tidak memberi kata putus sampai bila dia dengan permainan dia. 
kawan : dah hampir sebulan lebih kan benda ni terjadi.
aku : tahu, adakah aku perlu lepaskan dia ?
kawan : kau nak mengalah?
aku : kalau aku rasa ini jalan yang terbaik, biarlah orang rosak kebahagian aku, tapi aku tak sanggup orang rasa apa yang aku rasa. cukup la aku yang rasa. biar perempuan itu bahagia dengan lelaki itu.
kawan : terpulang laa, baik untuk kau, InsyaAllah baik untuk aku.
aku : aku dah lama bertahan. sakit hati aku, Tuhan je tahu. dia kata hati dia untuk aku, dan tiada perempuan lain dalam hati dia dan dia milik aku seorang, tetapi dalam masa yang sama, permainan yang dia mulakan, belum berakhir lagi. sampai bila ?
kawan : aku faham dan aku tahu apa kau lalui.
aku : kau akan teman aku masa aku susah ?
kawan : dan kau fikir ape yang aku buat ni ?
aku : kau buat aku ketawa sambil menangis.
kawan : lebih baik dari aku buat kau menangis kan ?


awak, hidup saya selama ini ada 3 warna putih, hitam, kelabu.
putih bila saya menikmati hidup bersama awak :)
hitam bila saya menikmati saat duka bersama awak :(
adakah saya perlu kelabu bila tiada lagi kemesraan antara kita berdua ?


Ya Allah, Jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan Milikku,
Damaikan hatiku dengan ketentuanMu .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CopyRight@ Segala yang tertulis Hak Milik Tiara Farhana